malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Dua cedera, seorang masih hilang kapal pengerudi terbakar di Miri

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

Gambar ihsan APMM Miri
MIRI, 17 April (Bernama) -- Dua kru kapal cedera manakala seorang masih hilang setelah sebuah kapal penggerudi MV Geos terbakar di perairan Kuala Baram pukul 3.15 pagi ini.

Pengarah Maritim Daerah Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, dua kru yang tercedera ialah jurutera kedua Muhammad Hafiz Ismail, 36, yang melecur 20 peratus, dan Khairul Isma Ismail, 35, yang mengalami kecederaan di dahi, bibir dan muka.

"Kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal dan pada 7.40 pagi ini dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Fauzi berkata identiti seorang lagi kru yang masih hilang tidak dapat didedah pada waktu ini atas permintaan Petronas dan usaha mencari serta menyelamat sedang dilakukan.

"Secara keseluruhan terdapat 39 kru berada di dalam kapal tersebut ketika kejadian termasuk lima orang warga Indonesia serta seorang warga Thailand dengan 38 berjaya menyelamatkan diri manakala seorang masih lagi dicari," katanya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu