malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kes bunuh Kevin Morais: Hakim lawat tiga lokasi di Jalan Dutamas

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Hakim dan pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais hari ini meninjau tiga lokasi di sekitar Jalan Dutamas, di sini, termasuk tempat Kevin Morais diculik, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, 4 Sept 2015.

Dua lagi lokasi ialah rumah Kevin Morais iaitu di Kondominium Menara Duta di Jalan Dutamas Raya dan tempat kereta Proton Perdana yang dipandu Kevin Morais dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki empat tertuduh, juga di sekitar Jalan Dutamas Raya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah bersama pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, pihak pembelaan dan lima tertuduh dalam kes pembunuhan itu iaitu R. Dinishwaran, A.K. Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan, dan S. Ravi Chandaran bergerak ke lokasi pada 9.30 pagi, diiringi anggota polis.

Bagaimanapun tertuduh pertama dalam kes bunuh itu, pakar patologi tentera, Kolonel Dr R. Kunaseegaran yang berada di dalam trak polis, tidak turun di lokasi kejadian atas alasan dia tidak berada di lokasi-lokasi tersebut bersama tertuduh yang lain.

Pasukan itu berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum bergerak ke lokasi pertama iaitu di Kondominium Menara Duta yang terletak kira-kira 1.4 kilometer dari kompleks mahkamah dan mereka meluangkan masa 10 minit meninjau di luar kawasan kondominium itu yang agak sibuk kerana dikelilingi banyak kawasan perumahan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu