malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Jenazah Napsiah Omar disemadi di Kuala Pilah

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Jenazah Veteran UMNO Tan Sri Napsiah Omar selamat dimandi, dikafankan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, di sini, pada 9 pagi tadi. dan dijadualkan disemadi di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Melang Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Jawa, Kuala Pilah bagi memberi peluang kepada saudara-mara serta sahabat handai memberi penghormatan terakhir, antara yang dijangka hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Seorang saudara terdekat Allahyarhamah Datuk Yahya Hamid berkata jenazah bakal disemadi di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Melang Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum Zohor.

Allahyarhamah yang meninggalkan empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1982, Menteri Perusahaan Awam (1987), Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990) serta Anggota Majlis Eksekutif Negeri Sembilan (1995-1999).

Napsiah menyertai UMNO cawangan Kuala Pilah pada 1972 sebelum menjadi Anggota Parlimen Kuala Pilah selama tiga penggal sejak 1982. Pada PRU9, beliau memenangi kerusi DUN Pilah pada April 1995 dan pada PRU10 beliau bertanding kembali di kerusi Parlimen Kuala Pilah menewaskan Ruslan Kassim daripada PKR dengan majoriti 2,818 undi pada 1999.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu