malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

D'Saji Restoran & Cafe Menjanjikan Citarasa ASEAN sempena Ramadan 2018

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

Oleh Nazirah Ripin

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ramadan yang semakin menjelang tiba merancakkan pelbagai restoran di seluruh negara menawarkan menu terbaik untuk santapan berbuka puasa termasuk D'Saji Restoran & Cafe.

Aneka pilihan yang ditawarkan bukanlah perkara asing malah ia seolah-olah menjadi kemestian bagi menarik lebih ramai pengunjung beragama Islam khususnya di dua buah restoran miliknya di D´Saji KL Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa, Bangi.

Antara kelainan yang ditawarkan D'Saji KL Titiwangsa tahun ini dengan menyediakan 120 pilihan makanan berkonsepkan 'Taste of ASEAN' termasuk dari negara Thailand, Singapura, Vietnam dan Brunei.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya Ahmad Zaki Abdullah, bagi menimbulkan suasana sebenar variasi negara ASEAN, pihaknya juga membawa konsep 'Floating Market' yang popular di Bangkok ke restoran mereka.

"Pihak kami akan menyediakan dua buah sampan yang ditempatkan di dalam kolam dengan pelbagai pilihan makanan yang boleh dinikmati pengunjung.

"Akan ada kakitangan kami yang mengendalikan sampan tersebut dan sudah pasti ia menjanjikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang memilih restoran ini sebagai lokasi berbuka puasa mereka," katanya pada majlis Prebiu Bufet Ramadan 2018 di D'Saji KL Titiwangsa.

Sementara itu, Chef Eksekutifnya Mohd Nazri Che Muhammad berkata, berbanding tahun lepas yang berkonsepkan makanan laut tahun ini D'Saji KL Titiwangsa mengetengahkan makanan daripada 10 negara ASEAN antaranya Murtabak Singapura, Ambuyat (Brunei), Gado- Gado dan Bakso dari Indonesia.


Chef Eksekutif, Mohd Nazri Che Muhammad.


"Dalam mempromosikan citarasa ASEAN, kami tidak melupakan sajian popular D'Saji antaranya Telur Itik Masak Lemak, Daging Tetel Asam Pedas.

"Kita juga ada Daging Dedeng dan Masak Lemak Daging Salai, itu antara menu popular D'Saji yang bakal disediakan Ramadan nanti," katanya.

Manakala Lake Cempaka Villa, Bangi pula menawarkan 80 pilihan makanan bertemakan masakan 'Melayu Asli dan BBQ' yang menyasarkan pengunjung seramai 6,000 orang.

Lake Cempaka Villa, Bangi menawarkan bufet Ramadan pada harga RM58 seorang. Pelanggan boleh membuat pembelian awal dengan nilai RM49 seorang mulai 17 Mac sehingga 17 April.

Sementara D'Saji Titiwangsa KL pula menawarkan bufet Ramadan pada harga RM85 seorang dengan promosi tempahan awal dengan harga RM68 seorang sahaja. Tempahan boleh dibuat dari 16 Mac hingga 16 April.


Ketua Pegawai Operasi D'Saji KL Titiwangsa, Ahmad Zaki Abdullah.


Bagi tempahan 16 April hingga 16 Jun pula pelanggan boleh menikmati tawaran harga RM79 seorang.

D'Saji turut menawarkan harga potongan untuk kanak-kanak dan warga emas. Malah potongan sebanyak 50 peratus juga diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang berbuka puasa pada hari pertama hingga ketiga Ramadan.

--BERNAMA

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu