malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

NADI Anjur A Night Of Hope Untuk Kumpul Dana

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 
Oleh Huma Makesvari

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- National Diabetes Institute (NADI) akan menganjurkan majlis amal makan malam yang bertema "A Night Of Hope" bertujuan mengumpul dana pada 21 April ini.

Dana yang dikumpulkan adalah untuk menampung perbelanjaan bagi meringankan beban kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 1, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Diabetes Jenis 1 ini juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin yang mana pengidapnya boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin.

Majlis yang akan diadakan di Royal Grand Ballroom, Palace of Golden Horses ini bakal diserikan dengan persembahan tiga penyanyi wanita dengan vokal yang mantap iaitu Nurul Wahab Depp, Liza Hanim dan Ayu Damit.

Penjualan meja amal bagi majlis ini masih lagi dibuka dan ia dibahagi kepada Platinum (RM12,500), Gold (RM10,500), Silver (RM 8,500) serta Bronze (RM6,500).

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai "A Night Of Hope" boleh dihubungi talian 011 61179093 dan 017 2301193.

-- BERNAMA

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu