malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Terengganu FC II catat kemenangan 2-1 ke atas JDT II

Tarikh kemaskini: 17/04/2018
 

KUALA TERENGGANU, 16 April (Bernama) -- Pasukan Terengganu FC II menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam ini.

Skuad kendalian Mustaffa Kamal Abdul Wahab itu, mula mencemaskan gawang pasukan pelawat menerusi percubaan Sebastien Maurice seawal minit ketiga, namun berjaya ditepis penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq Nadzli.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan balas sebelum pasukan tuan rumah mendahului perlawanan akibat kesilapan pemain pertahanan JDT II, Muhammad Fazly Mazlan yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-23.

Bermula babak kedua, skuad JDT II berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Muhammad Hadifayyadh Abdul Razak pada minit ke-68.

Bagaimanapun, serangan bertali arus Terengganu FC II akhirnya membuahkan hasil apabila Muhamad Radhi Mohd Yusof menjaringkan gol hasil sepakan penjuru Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar @ Muhammad pada minit ke-77 untuk mengesahkan tiga mata penuh.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu