malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Percaturan Mahathir bertanding di Langkawi boleh 'makan diri' - Penganalisis

Tarikh kemaskini: 16/04/2018
 

Oleh Ismail Amsyar Mohd Said

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mempertaruhkan nasibnya di gelanggang itu namun, kali ini di kawasan lain dan membawa panji yang berbeza.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan diumumkan akan bertanding atas tiket PKR pada PRU14 bagi merebut kerusi Parlimen Langkawi yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan pelbagai persoalan - mengapa Dr Mahathir tidak bertanding di Kubang Pasu, yang menjadi kubu kuatnya selama 30 tahun?

Dr Mahathir merupakan Anggota Parlimen Kubang Pasu sejak kawasan parlimen itu disenaraikan pada PRU4 pada 1974 dan berkhidmat sehingga 2004 selain menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata keputusan Dr Mahathir untuk bertanding di Langkawi mungkin kerana sinonim dengan sumbangannya kepada pembangunan di kawasan itu.

Azmi berkata peluang bekas perdana menteri, yang bakal menjangkau usia 93 tahun Julai ini, dilihat lebih besar di Langkawi jika bersandarkan kepada sentimen penduduk di situ yang sebelum ini memandang tinggi sumbangannya dalam pembangunan pulau bebas cukai itu.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu