malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Gajah Liar Dari Malaysia Dipersalahkan Bagi Kematian Penoreh Getah Di Yala

Tarikh kemaskini: 13/02/2018
 
Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Seekor gajah liar dari Malaysia yang merayau masuk ke wilayah Thailand dipersalahkan bagi kematian seorang penoreh getah warga emas di Yala, wilayah di selatan Thailand dekat sempadan Malaysia-Thailand.

Sao Somyos, 75, yang tinggal di kampung Moo 5, ditemui mati di sekitar Tambon Tham Thalu. Dia mengalami beberapa kecederaan di kepala dan badan.

Mayatnya ditemukan berhampiran pondok mangsa di sebuah ladang getah. Terdapat kesan tapak kaki gajah di kawasan berdekatan.

Menurut penolong ketua daerah Banang Sata, Chaiwat In-on, pihak berkuasa termasuk pegawai dari taman negara mengesyaki gajah liar itu telah merayau-rayau dari kawasan hutan di Malaysia.

Beliau berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai kematian lelaki itu pada pada 7.30 pagi semalam.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu