malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Jalan Rosak Dibaiki Sebelum Tahun Baharu Cina - Fadillah

Tarikh kemaskini: 10/02/2018
 
KUCHING, 9 Feb (Bernama) -- Kerja-kerja membaiki kerosakan kritikal di beberapa tempat sepanjang projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini dijangka selesai sebelum cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau telah mengarah kontraktor berkenaan membaiki kerosakan tersebut dan meletakkan lebih banyak papan tanda dan memasang pencahayaan.

"Sasaran kita ialah untuk menyelesaikannya sebelum cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Kita baiki semua yang kritikal dahulu tapi semuanya bergantung kepada keadaan cuaca. Saya memantau laporan setiap pagi," katanya kepada Bernama.

Beliau turut menunjukkan foto-foto keadaan jalan yang telah dibaiki semasa ditemui selepas Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja membaiki kerosakan kritikal turut diberi tumpuan di jalan kawasan Selangau (Bahagian Sibu) dan Tatau (Bahagian Bintulu).....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu