malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Chong Wei Sedia Beri Laluan Kepada Pemain Muda

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
ALOR SETAR, 9 Feb (Bernama) -- Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei sedia memberi laluan kepada pemain muda untuk beraksi pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018.

Chong Wei yang berada di ranking kedua dunia itu berkata, kejohanan sebegini boleh menjadi medan persediaan kepada pemain muda untuk meneruskan cabaran sebenar pada pusingan akhir Piala Thomas yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand, pada Mei nanti.

"Saya akan berbincang dengan jurulatih dan pengurus pasukan. Mana tahu kalau-kalau jurulatih hendak bagi peluang kepada pemain muda. Mereka boleh dapat peluang berlatih untuk saingan Piala Thomas yang sebenar.

"Pada kejohanan kali ini kita juga dapat lihat peningkatan prestasi Lee Zii Jia dan Iskandar (Iskandar Zulkarnain Zainuddin) yang walaupun kalah dengan Thailand, dia bangkit ketika menentang Myanmar dan Taiwan," katanya.

Sepanjang kejohanan berlangsung, Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama negara tidak mengecewakan apabila menghadiahkan mata pertama buat pasukan negara, diikuti perseorangan kedua negara Zii Jia yang mempamerkan prestasi memberangsangkan sepanjang kejohanan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu