malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Golongan Peneroka Digesa Lihat Sejarah, Hargai Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
BENTONG, 9 Feb (Bernama) -- Golongan peneroka Felda digesa menghayati kembali sejarah dan perjuangan pemimpin terdahulu yang mewujudkan tanah rancangan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan rakyat.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pengorbanan yang dimulakan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan diteruskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menjadi sia-sia jika golongan peneroka beralih sokongan kerana memilih kerajaan 'bukan perkara yang boleh dibuat secara cuba-cuba'.

"Di Pahang, 30 peratus pengundi adalah golongan peneroka Felda... penting untuk mereka fikir tentang sejarah dan asas penubuhan Felda serta bagaimana mereka boleh menentukan masa depan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dividen Ladang Komersial Berskala Besar Agropolitan Chemomoi di sini, hari ini.

Ditanya sokongan peneroka terjejas ekoran kontroversi pengurusan Felda, Adnan berkata beliau difahamkan perkara itu sedikit-sebanyak memberikan persepsi tersendiri kepada peneroka.

"... tapi peneroka mahu lihat kerajaan sedia ada terus menjaga kepentingan dan hak mereka yang sepatutnya. Kalau perkara ini diberi perhatian, sokongan golongan ini tidak akan terjejas," katanya.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu