Papua New Guinea, Nigeria And Honduras To Become New Members Of Council Of Palm Oil Producing Countries | 
Polis tubuh pasukan siasatan khas untuk siasat kes kematian Teoh Beng Hock [ 6m ago ]

86,015 Orang Ditahan, Dadah RM107.68 Juta Dirampas Setakat 15 Jun - Polis

Tarikh kemaskini: 19/06/2017
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 86,015 orang yang disyaki terlibat dalam sindiket mengedar dadah dengan nilai rampasan dadah keseluruhan dianggarkan RM107.68 juta, sejak 1 Jan hingga 15 Jun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata daripada jumlah itu, sebanyak 82,333 merupakan warga tempatan dan 3,682 warga asing.

Beliau berkata sasil ujian air kencing, sebanyak 46,386 daripada mereka yang ditahan itu adalah positif dadah.

"Mereka ini bukan sahaja mengedar dan memproses dadah malah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis senjata api," katanya pada sidang akhbar di Menara 2, di Bukit Aman di sini.

Beliau berkata polis turut merampas dadah jenis sintetik iaitu syabu seberat 503.08 kg, ketamin seberat 90.41 kg, pil erimin 5 sebanyak 2,640,854 biji, pil yaba 773,635 biji dan pil ekstasi 109,183 biji.

"Dadah tradisional yang dirampas adalah ganja seberat 791.29 kg dan heroin seberat 253.47 kg," katanya.

Mohd Mokhtar berkata pihaknya turut menyita harta yang dianggar bernilai RM75.15 juta dan nilai harta yang dilucutkan RM2.35 juta bagi keseluruhan sindiket yang dikesan itu.

Beliau berkata PDRM sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa dadah antarabangsa dalam usaha membanteras penyeludupan dadah rentas sempadan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu