Durian crepe, keropok Cik B, kopi herba ginko madu kelulut dapat sambutan di China [ 25m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan emas ditutup rendah

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mula melemah selepas mencatatkan keuntungan semalam, berikutan kehilangan minat terhadap komoditi itu, disamping pengukuhan matawang dolar US.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Tan Jenn Yuan berkata harga emas menyusut hari ini selepas sentimen terjejas akibat kenaikan dolar US, keyakinan terhadap rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China juga memberi kesan ke atas permintaan logam berharga itu.

"Indeks dolar mula mendahului bagi keuntungan mingguan selepas mendapat sokongan daripada laporan bahawa China dan (AS) telah bersetuju untuk menarik balik tarif sebagai sebahagian daripada cadangan awal bagi menamatkan perang perdagangan mereka," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, November 2019 dan Disember 2019 menurun, masing-masing sebanyak 56 mata kepada RM196.10 dan RM 96.70 segram, manakala Januari 2020 dan Februari 2020 turun 50 mata setiap satu kepada RM199.10 dan RM199.20 segram.

Jumlah dagangan berkurangan kepada empat lot bernilai RM79,480 daripada enam lot sebanyak RM121, 800 yang direkodkan semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 130 kontrak daripada 124 kontrak.

Pada 5 petang, harga fizikal emas turun sebanyak RM2.07 kepada RM188.90 daripada RM190.97 segram.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu