PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 3m ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan KLCI rendah pada tengah hari

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada tengah hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semasa November 2019 menyusut 3.0 mata kepada 1,611.0, Disember 2019 berkurangan 2.0 mata kepada 1,613.5, Mac 2020 berkurangan 0.5 mata kepada 1,609.5 dan Jun 2020 berkurangan 2.0 mata kepada 1,608.0.

Jumlah dagangan berjumlah 3,224 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 31,138 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FBM KLCI rendah 1.68 mata kepada 1,607.65.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu