PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 5m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan emas rendah tengah hari ini

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dengan empat bulan kontrak diniagakan.

Pada rehat tengah hari ini, kontrak bulan semasa November 2019 dan Disember 2019 masing-masing menyusut 54 mata dan 66 mata kepada RM196.20, manakala Januari 2020 dan Februari 2020 masing-masing ditambat pada RM201.60 dan RM201.70 segram.

Sementara itu dua kontrak bulan jauh, April 2020 dan Ogos 2020, masing-masing berkurangan 40 mata dan 60 mata kepada RM201.00 dan RM200.00 segram.

Jumlah dagangan berjumlah empat lot manakala kepentingan terbuka 130 kontrak.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu