Seorang murid parah, tiga rakan cedera van sekolah terbalik [ 5m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan emas ditutup tinggi, didorong permintaan lebih baik

Tarikh kemaskini: 09/10/2019
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, didorong permintaan lebih baik terhadap logam berharga itu, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Lin berkata prestasi emas yang positif di pasaran tempatan juga sejajar dengan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York susulan ketidaktentuan dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, Brexit, serta minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS bagi September.

“Harga emas dijangka kekal kukuh bagi jangka terdekat,” katanya.

Semasa pasaran ditutup, bulan semasa Oktober 2019 serta November 2019 masing-masing meningkat 26 mata kepada RM203.50 dan RM203.70 segram, Disember 2019 menokok 30 mata kepada RM204.00 segram manakala Januari 2020 melonjak 46 mata kepada RM205.10 segram.

Jumlah dagangan susut kepada dua lot bernilai RM41,260 daripada empat lot bernilai RM80,880 semalam, manakala minat terbuka berkurangan kepada 150 kontrak daripada 154 kontrak.

Pada 5 petang, harga emas fizikal menambah RM1.15 kepada RM196.34 segram.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu