Guna kamera badan pastikan anggota laksana tugas dengan telus - KPN [ 5h ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak niaga hadapan emas dibuka tanpa diniagakan

Tarikh kemaskini: 12/09/2019
KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal dagangan hari ini berikutan kekurangan permintaan.

Bulan semasa September 2019, Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019 masing-masing berada pada RM199.40, RM199.70, RM200.10 dan RM201.30 segram.

Jumlah dagangan adalah sifar manakala kepentingan terbuka pada 122 kontrak.

Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal turun 36 sen kepada RM193.68 segram daripada RM194.04 segram pada 5 petang semalam.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu