Guna kamera badan pastikan anggota laksana tugas dengan telus - KPN [ 5h ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan emas kekal rendah

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif kekal rendah untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan peningkatan selera risiko bagi aset yang lebih berisiko terus menjejaskan permintaan untuk logam berharga itu, kata pengedar Phillip Futures Sdn Bhd Lee Pei Wan.

"Emas masih di bawah tekanan. Pasaran akan memberi tumpuan kepada Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat yang akan diumumkan kemudian, ini bakal menentukan hala tuju emas pada minggu ini," katanya kepada Bernama.

September 2019, Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019, masing-masing ditambat pada RM 199.40, RM 199.70, RM 200.10 dan RM 201.30 segram.

Jumlah dagangan sebanyak empat lot pada RM80,760 berbanding dengan lapan lot yang bernilai RM161,980 semalam, manakala faedah terbuka naik kepada 123 kontrak daripada 121 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, harga emas fizikal menokok sebanyak 29 sen kepada RM 194.04 segram.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu