Peruntukan RM86,000 disalur kepada balai bomba dan penyelamat, persatuan bomba sukarela [ 9m ago ]

Berita EKONOMI


Nisbah keperluan rizab berkanun diturunkan kepada 3 peratus

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan diturunkan kepada 3.00 peratus daripada 3.50 peratus berkuat kuasa 16 Nov, 2019.

Kali terakhir BNM menurunkan SSR adalah pada 2016, apabila nisbah diturunkan kepada 3.50 peratus daripada 4.00 peratus.

“Keputusan untuk mengurangkan SRR diambil untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik.

'’Langkah ini akan terus menyokong pasaran kewangan domestik untuk berfungsi dengan cekap serta memudahkan pengurusan mudah tunai yang berkesan oleh institusi perbankan,” kata BNM dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Bank pusat itu berkata SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari, katanya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu