Guna kamera badan pastikan anggota laksana tugas dengan telus - KPN [ 5h ago ]

Berita EKONOMI


Hubline cadang ambil alih 75 peratus kepentingan dalam APSB bagi RM16.36 juta

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Pengendali logistik, Hubline Bhd, bercadang untuk mengambil alih 75 peratus kepentingan dalam Absolute Privilege Sdn Bhd (APSB) bagi RM16.36 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Hubline berkata ia memeterai perjanjian penjualan saham dengan pengarah APSB, Pau Chiong Ching, bagi cadangan pengambilalihan 1.5 juta saham dalam APSB hari ini.

“Dengan kekurangan hartanah serupa ketika ini yang sepadan dengan keperluan spesifik kami dalam bidang itu, Hubline memutuskan untuk membeli kepentingan majoriti dalam APSB,” katanya.

Hubline menegaskan anak syarikatnya ketika ini menduduki gudang APSB serta 30 peratus ruang pejabatnya bagi operasi perniagaan perkapalan pukal kering.

“Pertimbangan pembelian itu akan dibiayai menerusi dana janaan dalaman dan/atau pinjaman bank, dan cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai apabila memenuhi syarat ditetapkan dalam perjanjiaan itu, dianggarkan pada Mac tahun depan,” katanya.

APSB pada prinsipnya terlibat dalam pegangan pelaburan, termasuk pelaburan hartanah, dan memiliki dua petak tanah bernilai RM38 juta di Miri, Sarawak .

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu