Guna kamera badan pastikan anggota laksana tugas dengan telus - KPN [ 5h ago ]

Berita EKONOMI


Shopee memecah rekod bagi Hari Pembelian Super 9.9

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept --- Shopee, platform utama e-dagang di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyempurnakan Hari Pembelian Super 9.9 yang paling berjaya setakat ini dengan 187,606 item yang dijual dalam masa satu minit semasa tempoh jualan puncak dan lebih daripada 113 juta tawaran yang disediakan.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, berkata Shopee berbangga melihat acara signatur beliannya pada 9 September menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian.

"Edisi Super 9.9 tahun ini melebihi jangkaan kami kerana kami mencatat kejayaan baru kerana lebih banyak jenama, penjual, dan rakan menyertai Shopee untuk acara signatur membeli-belah itu ," katanya.

Ho berkata pengguna Malaysia menikmati koleksi terbesar promosi tanpa henti, hiburan tanpa henti pada 9 Sept, termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9.

Jenama berprestasi tinggi menyaksikan purata 6,780 (kali) kenaikan trafik dan 400 (kali) pertumbuhan jualan berbanding dengan hari biasa.

Antara barangan terlaris adalah fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, peralatan tempat tidur dan tuala, penapis minyak kenderaan bermotor dan minuman berasaskan koko MILO.

"Kami gembira untuk memulakan musim berbelanja akhir tahun dengan 9.9 Hari Pembelian Super yang berjaya dan bersedia untuk berkhidmat dan memberi lebih banyak nilai kepada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi kami pada bulan-bulan mendatang ketika kami memperkenalkan lebih banyak ciri-ciri unggul dan tawaran yang tidak boleh dilepaskan, "katanya.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu