Environmental foundation creates machine to transform plastic waste into energy [ 11m ago ]

Berita EKONOMI


ExecuJet Malaysia dapat kelulusan CAAC senggara pesawat berdaftar di China

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- ExecuJet MRO Services Malaysia (ExecuJet Malaysia), penyedia perkhidmatan penuh penyenggaraan pesawat perniagaan menerima kelulusan daripada Civil Aviation of China (CAAC) untuk melakukan penyenggaraan berat bagi pesawat Bombardier dan Gulfstream.

ExecutJet Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata kelulusan itu meliputi penyenggaraan bagi pesawat Gulfstream GIV serta variasi Bombardier Challenger dan Bombardier Globe Express.

“Kelulusan oleh CAAC ini penting kerana ia bermakna kemudahan penyenggaraan ExecuJet Malaysia di Lapangan Terbang Subang, berdekatan Kuala Lumpur, dibenarkan untuk melakukan penyenggaraan berat bagi pesawat yang berdaftar di China ini,” kata Naib Presiden ExecuJet MRO Services Asia, Ivan Lim.

Beliau berkata dengan adanya akses ke pasaran penerbangan perniagaan China, yang terbesar di rantau ini, membuka peluang baharu kepada ExecuJet Malaysia untuk terus berkembang dan mengembangkan perniagaannya.

ExecuJet Malaysia memohon kelulusan daripada CAAC susulan permintaan daripada pengendali di China dan Malaysia memiliki reputasi tinggi di peringkat antarabangsa dalam segmen penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kelulusan daripada CAAC ini mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam pasaran sebagai pusat utama bagi MRO penerbangan perniagaan di rantau ini,” kata Lim.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu