malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita EKONOMI

 
 
 
 
 

Berikan kami masa untuk tunai janji, kata Guan Eng

CYBERJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap rakyat dapat memberi sedikit masa kepada kerajaan, sekurang-kurangnya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik, sebelum memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

 

MaGIC beroperasi seperti biasa - CEO

CYBERJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) beroperasi seperti biasa meskipun laporan media yang menyatakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bercadang untuk membubarkannya.

 

Inflasi pada Mei dijangka meningkat, kata RAM Rating

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi Mei dijangka meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada April, terutama disebabkan kenaikan harga bahan api runcit yang lebih pantas, kata RAM Rating Services Bhd.

 

DFTZ antara medium persiap generasi muda sertai dunia pekerjaan - Najib

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Inisiatif seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) merupakan medium untuk mempersiapkan generasi muda terhadap peluang pekerjaan yang masih belum wujud, kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Ketelusan, kebertanggungjawaban kerajaan akan untungkan pelabur asing - penganalisis

Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pelabur asing perlu memahami bahawa aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diamalkan kerajaan akan hanya menguntungkan pelaburan mereka di negara ini, kata Penasihat Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Dr Oh Ei Sun.

 

Anak syarikat CMSB dapat sambungan kontrak selengga jalan raya di Sarawak

Sambungan tersebut merupakan satu langkah yang berhemat kerana ia membolehkan kerajaan negeri untuk membangunkan satu strategi bagi kontrak pengurusan dan penyelenggaraan yang menyeluruh merangkumi jalan-jalan negeri yang meliputi kira-kira 30,000 kilometer.

 

Priceworth Lapor Paras Tertinggi Dalam Pengeluaran Balak

FMU5 merupakan konsesi pengurusan hutan lestari dengan kawasan bersih seluas 88,920 hektar hutan komersial Kelas IIl di rizab hutan Trus Madi, Sabah.