malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita EKONOMI

 
 
 
 
 

Comfort Gloves beli tanah industri untuk perluas perniagaan

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Comfort Gloves Bhd (CGB) dalam proses membeli sebidang tanah pegangan pajak di Kinta, Perak daripada Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd pada nilai RM13.22 juta bagi memperluaskan aktiviti perniagaannya.

 

Kontrak niaga hadapan KLCI ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini meskipun pasaran tunai pendasar yang kukuh.

 

Badan kehakiman Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene -- Lim

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pihak berkuasa Perancis menerusi badan kehakimannya telah menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion euro.

 

My EG tubuh anak syarikat baharu untuk pelaburan di Indonesia

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- My EG International Sdn Bhd, anak syarikat mlik penuh MY EG Services Bhd (MY E.G), hari ini menubuhkan anak syarikat milik penuh yang bertujuan untuk menjadi syarikat induk untuk pelaburan di Indonesia.

 

Anak syarikat Icon Offshore terima kontrak RM23 juta

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Icon Offshore Bhd (Icon), Icon Offshore Group Sdn Bhd, telah menerima kontrak bernilai RM23.0 juta bagi menyediakan sebuah kapal utiliti untuk membantu operasi Hess Exploration and Production Malaysia B V(Hess).

 

Ringgit melantun semula untuk ditutup meningkat sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, ketika dolar susut daripada kenaikan tertinggi dalam tempoh 11 bulan, susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini, kata peniaga.

 

Parkir percuma: Melaka jangka kekurangan hasil RM2 juta setahun

JASIN, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka menjangkakan kekurangan kutipan hasil kira-kira RM2 juta setahun selepas pelaksanaan pengecualian bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 15 Jun lepas.