Cubaan bawa masuk daging kerbau sejuk beku bernilai RM3.5 juta gagal [ 3m ago ]

BERITA DUNIA


Pesta Loy Krathong: 160 penerbangan dibatal atau dijadual semula

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
BANGKOK, 8 Nov -- Lapangan Terbang Thailand (AoT) pada Jumaat telah mengemas kini media bahawa kira-kira 160 penerbangan telah dibatalkan atau dijadualkan semula bagi mengelak berlaku tragedi akibat tanglung yang terapung di udara semasa Pesta Loy Krathong pada 10 hingga 12 Nov, lapor agensi berita China Xinhua.

Meskipun amaran telah dikeluarkan di seluruh negara berhubung larangan melepaskan objek terapung semasa Pesta Loy Krathong, AoT berkata lapangan terbang di Chiang Mai dan Chiang Rai yang terletak di utara Thailand tidak mampu menanggung risiko itu.

Oleh itu, ia memutuskan untuk membatalkan atau menjadualkan semula penerbangan.

Presiden AoT Nitinai Sirismatthakarn pada Jumaat sekali lagi merayu kepada rakyat di seluruh negara Thailand agar tidak melepaskan tanglung, belon udara panas, dron dan membakar bunga api atau memancarkan sinar laser berhampiran lapangan terbang demi menjaga keselamatan pesawat.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Lapangan Terbang Chiang Mai Thananrat Prasertsri berkata 96 penerbangan dibatalkan manakala 55 lagi dijadualkan semula; yang menyumbang kepada 22.63 peratus daripada jumlah penerbangan semasa tempoh Pesta Loy Krathong berlangsung.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu