KPM tidak benarkan edaran komik berdasarkan undang-undang - Maszlee [ 3m ago ]

BERITA DUNIA


Korea Selatan cadang larang lelaki ada rekod jenayah kahwin warga asing

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
SEOUL, 10 Okt -- Korea Selatan bercadang mewujudkan undang-undang melarang lelaki yang mempunyai rekod jenayah keganasan rumah tangga, berkahwin dengan wanita warga asing, memetik Kementerian Keadilan pada Khamis lapor agensi berita Yonhap.

Pengenalan undang-undang itu sebahagian langkah susulan kerajaan untuk memperbaiki sistem perkahwinan membabitkan warga asing selain mencegah kekerasan terhadap imigran.

Pada Julai, berlaku protes awam selepas rakaman video yang menunjukkan seorang suami warga Korea menyerang isterinya berasal dari Vietnam di hadapan anak-anak di rumah mereka di daerah barat daya Yeongam, tular di media sosial.

Di bawah pindaan peraturan Penguatkuasaan Undang-Undang Imigresen, pasangan suami-isteri Korea Selatan yang mempunyai rekod jenayah keganasan rumah tangga tidak dibenarkan berkahwin dengan warga asing walaupun telah lama menjalani hukuman.

Peraturan itu juga tertakhluk kepada mereka yang telah dijatuhi hukuman kerana melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Undang-undang itu dijangka berkuat kuasa pada Oktober tahun depan.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu