Nelayan Tuaran mengeluh hilang pendapatan akibat jerebu [ 55m ago ]

BERITA DUNIA


Tentera Israel lancar serangan udara di Semenanjung Gaza

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
BANDARAYA GAZA, 11 Sept -- Tentera Israel pada Rabu mengadakan serangan udara di 15 lokasi berbeza di seluruh Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut koresponden Anadolu di Gaza, serangan itu dilancarkan di kawasan tengah dan utara Semenanjung Gaza.

Tiada kecederaan dilaporkan menurut Kementerian Kesihatan Palestin. Namun, serangan itu menyebabkan kerosakan teruk di kawasan tersebut.

"Serangan itu sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan Semenanjung Gaza menyasarkan wilayah Israel," kata jurucakap tentera Israel Avichay Adraee.

Bedilan pada Selasa itu menyebabkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terpaksa menamatkan kempen pilihan rayanya di Ashdod.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu