Guna kamera badan pastikan anggota laksana tugas dengan telus - KPN [ 5h ago ]

BERITA DUNIA


Jepun batal lancar Kapal Angkasa Kounotori8

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
ANKARA, 11 Sept (Bernama) -- Jepun pada Rabu membatalkan pelancaran kapal angkasa tanpa angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ekoran kebakaran di tapak pelancar di barat daya negara itu, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Mitsubishi Heavy Industries Ltd berhasrat menghantar kapal angkasa Kounotori8 milik Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun menggunakan roket H-2B dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, wilayah Kagoshima kira-kira 6.33 pagi, lapor agensi berita Kyodo.

“Kebakaran berlaku kira-kira 3.05 pagi di tapak pelancar berkenaan, berhampiran ruang udara yang direka bagi menyalurkan api serta asap keluar dari tapak pelancaran ketika roket dilancarkan," kata Mitsubishi.

Api berjaya dipadamkan pada tengah hari.

Kounotori8 dijadual menghantar kira-kira 5.3 tan matrik bekalan kepada angkasawan di stesen angkasa lepas itu, termasuk makanan dan air serta bateri dan pelbagai peranti yang diperlukan untuk menjalankan ujian," kata agensi terbabit.

"Kami bertanggungjawab penuh," kata Pengarah Eksekutif tapak pelancaran Mitsubishi Atsutoshi Tamura kepada Kyodo.

Paling awal kapal angkasa itu dapat dilancarkan adalah hujung minggu ini, andai tidak banyak kerosakan berlaku.

Penangguhan pelancaran kapal angkasa berkenaan tidak menjejaskan angkawasan di pusat angkasa lepas itu kerana bekalan makanan di sana masih mencukupi.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu