BERNAMA.com - Pelan Pembangunan Semula Iraq Tumpu Sektor Perumahan, Kata Wakil PBB
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA DUNIA


Pelan Pembangunan Semula Iraq Tumpu Sektor Perumahan, Kata Wakil PBB

Tarikh kemaskini: 13/02/2018
 
Oleh Muammar Eusoffi Zainol Abidin and Muhammad Muzammil Abdullah

KUWAIT CITY, 13 Feb (Bernama) -- Rakyat Iraq mungkin berjaya menewaskan kumpulan militan Daesh, namun perjuangan lain baru sahaja bermula -- perjuangan yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan semula negara itu.

Wakil Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) Iraq, Erfan Ali, berkata kemusnahan yang dilakukan Daesh amat besar terutama di kawasan kediaman berbanding sektor lain seperti penjagaan kesihatan, minyak dan gas, tenaga serta perdagangan.

"Berdasarkan pengamatan kami, sektor perumahan adalah yang paling teruk musnah berbanding sektor lain, dengan 19.8 peratus daripada jumlah kemusnahan adalah dalam sektor perumahan."

"Bagi membantu pembangunan semula Iraq, UN Habitat akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perancangan Iraq untuk membina sebuah platform data digital bagi memantau dan merancang kempen pembangunan semula dalam semua sektor," katanya kepada Bernama pada hari kedua Persidangan Antarabangsa Kuwait mengenai Pembangunan Semula Iraq (KICRI) di sini pada Isnin.

Erfan berkata platform data digital itu telah dilancarkan, dan ia bakal menjadi satu alat yang efisien untuk mengesahkan ketelusan serta akauntabiliti proses pembangunan semula Iraq.

"Ia adalah satu alat interaktif di mana penderma kerajaan dan organisasi kebangsaan akan mempunyai akses untuk merancang dan mengelak pertindihan serta konflik dalam pelaksanaan projek di kawasan terjejas. Peperangan telah menyebabkan lebih 138,000 kediaman musnah dan sejumlah 2.5 juta rakyat Iraq masih tersingkir," katanya.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu