BERNAMA.com - AS Ikrar Dana US$200 Juta Sokong Usaha Gabungan Global Perangi Daesh
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA DUNIA


AS Ikrar Dana US$200 Juta Sokong Usaha Gabungan Global Perangi Daesh

Tarikh kemaskini: 13/02/2018
 
KUWAIT CITY, 13 Feb (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) berjanji memberi dana sebanyak US$200 juta untuk membantu usaha Gabungan Global memerangi kumpulan militan Daesh serta menghalang mereka kembali semula ke Syria dan Iraq.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, berkata Daesh akan sentiasa menjadi ancaman dan gangguan kepada seluruh dunia.

"Dunia perlu teruskan usaha memerangi Daesh bagi memastikan kumpulan itu tidak muncul kembali di Syria dan Iraq, walaupun rantau itu telah diisytiharkan bebas sepenuhnya daripada penguasaan mereka.

"Dana ini sangat diperlukan untuk memastikan Daesh tidak kembali semula ke Iraq dan Syria," katanya ketika berucap di pembukaan Mesyuarat Peringkat Menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daesh di Istana Bayan di sini pada Selasa.

Mesyuarat itu diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Kuwait Untuk Pembangunan Semula Iraq (KICRI) yang berlangsung tiga hari mulai Isnin.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu