PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 4m ago ]

LAGI Berita

Bekas Presiden AS Jimmy Carter dimasukkan ke hospital

WASHINGTON, 12 Nov -- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter dimasukkan ke hospital di Atlanta, Georgia pada Isnin petang, lapor agensi berita Xinhua.

Sekurang-kurangnya 6 tentera terbunuh, 20 cedera di tengah Filipina

MANILA, 12 Nov -- Sekurang-kurangnya enam tentera terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertembungan di antara pasukan keselamatan dan pemberontak di wilayah timur Samar di tengah Filipina, lapor agensi berita Xinhua. 

Evo Morales berlepas ke Mexico, berikrar pulang ke Bolivia ´dengan lebih kuat´

MOSCOW, 12 Nov -- Bekas Presiden Bolivia Evo Morales mengumumkan bahawa beliau akan berlepas ke Mexico, yang telah memberikan suaka politik kepadanya, namun akan kembali tidak lama lagi, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik akaun Twitter Morales.

Spesies pelanduk paling kecil di dunia ditemui di Vietnam selepas 30 tahun

HANOI, 12 Nov -- Buat pertama kali dalam tempoh hampir tiga dekad, "chevrotain" sejenis haiwan daripada spesies pelanduk yang semakin pupus ditemui di hutan di Vietnam.

Perjanjian nuklear, Iran kekal jika selari dengan kepentingan negara

TEHRAN, 12 Nov -- Presiden Iran Hassan Rouhani berkata Iran berhasrat untuk kekal dalam perjanjian nuklear 2015 yang selari dengan kepentingan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Sweden tiada pekerja Korea Utara untuk dihantar pulang - Laporan PBB

SEOUL, 12 Nov -- Sweden tidak memiliki pekerja Korea Utara untuk dihantar pulang bagi mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang rakyat negara komunis itu bekerja di luar negara, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan kepada Majlis Keselamatan.

Rusuhan di Hong Kong, penunjuk perasaan terus cetus kekacauan

HONG KONG, 12 Nov -- Penunjuk perasaan terus mencetuskan kekacauan dengan mengganggu lalu lintas dan perkhidmatan kereta api di beberapa daerah di Hong Kong, lapor agensi berita Xinhua.