Morbidelli catat keputusan terbaik di GP Britain [ 2m ago ]

LAGI Berita

Industri robotik China terus berkembang

BEIJING, 21 Ogos -- Industri robotik di China mencecah 148,000 unit pada 2018, menyumbang lebih 38 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Venezuela adakan rundingan sulit dengan AS

CARACAS, 21 Ogos -- Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Selasa mengesahkan telah mengadakan rundingan sulit dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara yang telah berlarutan sejak sekian lama, lapor agensi berita Anadolu.

Wilayah Ninh Binh, Vietnam promosi pelancongan guna aplikasi 'tik tok'

NINH BINH, 21 Ogos -- Wilayah Ninh Binh di utara Vietnam melancarkan promosi pelancongan menggunakan aplikasi Tik Tok bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

20 militan maut di selatan wilayah Uruzgan, Afghanistan

TIRIN KOT (Afghanistan), 21 Ogos -- Seramai 20 militan disahkan maut ketika pasukan keselamatan melancarkan operasi pembersihan di daerah Charchino di selatan wilayah Uruzgan, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap tentera Abdul Ghafar Nuristani pada Rabu.

7 maut, 24 hilang selepas hujan lebat badai barat daya China

CHENGDU, 21 Ogos -- Tujuh orang maut manakala 24 lagi hilang selepas hujan lebat pada Selasa membadai Aba Tibetan dan Wilayah Autonomi Qiang yang terletak di barat daya Wilayah Sichuan, China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Tempoh tahanan bekas Presiden Kyrgyztan, Atambayev dilanjutkan

BISHKEK, (Kyrgyzstan), 20 Ogos -- Mahkamah daerah Pervomaisky di Bishkek pada Selasa melanjutkan tempoh penahanan bekas Presiden Kyrgyzstan Almazbek Atambayev sehingga 26 Oktober, lapor agensi berita Sputnik.

Lepaskan kapal tangki Iran tindakan 'malang', kata Pompeo

WASHINGTON, 20 Ogos -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo menyifatkan tindakan melepaskan kapal tangki Iran sebagai 'malang'.