Skuad Bola Sepak CP sasar emas pada sukan Para ASEAN 2020 [ 10m ago ]

LAGI Berita

90 orang awam terbunuh, beratus lagi cedera dalam pertempuran di Murzuq, Libya

NEW YORK, 16 Ogos (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 90 orang awam terbunuh manakala beratus-ratus lagi cedera dalam pertempuran komunal di pekan Murzuq, Libya, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Utusan khas PBB kutuk serangan ke atas pekerja, fasiliti perubatan di Libya

TRIPOLI, 16 Ogos (Bernama) -- Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Libya Ghassan Salame pada Khamis mengutuk serangan ke atas pekerja dan fasiliti kesihatan di ibu kota Tripoli, yang menyaksikan konflik bersenjata maut antara kerajaan disokong PBB dan tentera yang berpangkalan di timur, lapor agensi berita China Xinhua.

Kementerian luar Yaman di Aden gantung kebanyakan operasi

ADEN, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Hal Ehwal Luar Yaman pada Khamis berkata ia menggantung operasi di ibu kota wilayah Aden sehingga keadaan kembali tenang selepas puak pemisah menawan beberapa bahagian bandar itu pada hujung minggu, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Palestin beri amaran kemungkinan berlaku 'peperangan agama' jika status Masjid Al-Aqsa diubah

RAMALLAH, 16 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) memberi amaran pada Khamis bahawa gesaan seorang menteri kerajaan Israel untuk mengubah status quo Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis bakal mencetuskan “peperangan agama," lapor agensi berita Turki Anadolu.

Rakyat Uzbekistan mengaku berkomplot bantu Daesh di Syria

WASHINGTON, 16 Ogos (Bernama) -- Seorang rakyat Uzbekistan mengaku bersalah di sebuah mahkamah Amerika Syarikat atas pertuduhan berkomplot membantu kumpulan pengganas Daesh di Syria, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Pyongyang tiada hasrat berunding lagi dengan Korea Selatan

SEOUL, 16 Ogos (Bernama) -- Korea Utara pada Jumaat berkata Pyongyang tidak berhasrat untuk berunding lagi dengan Korea Selatan dan menyifatkan harapan meneruskan semula perbincangan selepas latihan ketenteraan bersama Seoul dengan Amerika Syarikat (AS) berakhir adalah sesuatu yang "tidak masuk akal," lapor agensi berita Yonhap.

Korea Utara lancar dua peluru berpandu tak dikenali ke arah Laut Timur - JCS

SEOUL, 16 Ogos (Bernama) -- Korea Utara telah melancarkan dua peluru berpandu yang tidak dikenali ke arah Laut Timur pada Jumaat, yang keenam seumpamanya dalam tempoh tiga minggu, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.