Safari Techs to boost gas cylinder output [ 18m ago ]

LAGI Berita

Polis Mesir bunuh 16 militan dalam serbuan di Sinai

Pasukan keselamatan Mesir membunuh 16 anggota militan dalam serbuan di Semenanjung Sinai, Mesir, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa.

Qatar kutuk serangan keganasan di Al-Azhar, Kaherah

Qatar mengutuk sekeras-sekerasnya insiden letupan berhampiran Masjid Al-Azhar, Mesir yang meragut nyawa dua anggota polis selain mencederakan tiga lagi pegawai, lapor agensi berita Qatar. 

Brazil haramkan empangan sisa lombong susulan nahas Brumadinho

Agensi Perlombongan Kebangsaan Brazil telah mengharamkan empangan sisa lombong di kawasan hulu sungai yang operasinya mirip empangan yang pecah di tenggara negeri Minas Gerais pada Januari dan mengorbankan sekurang-kurangnya 169 orang, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa Iraq bebaskan 5 orang awam yang diculik militan di barat Iraq

Pasukan keselamatan Iraq pada Selasa membebaskan lima orang awam yang diculik militan Daesh di wilayah barat Anbar, lapor agensi berita Xinhua.

Korea Utara bantah Pusat Konvensyen Hanoi jadi lokasi sidang kemuncak

HANOI, 19 Feb (Bernama) -- Korea Utara membantah pemilihan pusat konvensyen Hanoi sebagai lokasi sidang kemuncak antara pemimpin Kim Jong Un dan Presiden Donald Trump, atas alasan keselamatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kerajaan tempatan pada Selasa.

Lebih 10,000 calon disahkan bertanding dalam pilihan raya Thailand

Lebih 10,000 rakyat Thailand telah disahkan sebagai calon pilihan raya umum Thailand yang akan diadakan pada 24 Mac bagi merebut kerusi Parlimen, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan Selasa.

Dua terkorban dalam serangan pengebom bunuh diri di Kaherah

Insiden letupan menggegarkan ibu negara Mesir, Kaherah, lewat Isnin selepas seorang lelaki meletupkan dirinya di belakang masjid Al-Azhar, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan.