PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 6m ago ]

LAGI Berita

Presiden Bolivia letak jawatan susulan "cadangan" pihak tentera

ANKARA, 11 Nov -- Presiden Bolivia Evo Morales meletak jawatan pada Ahad sejurus selepas panglima angkatan tentera negara itu mencadangkan agar beliau berundur, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik ucapan pemimpin itu menerusi televisyen.

Serangan di Yala: polis Thailand tahan lapan suspek

YALA, 9 Nov  -- Polis Thailand menahan lapan individu yang dipercayai terlibat dalam serangan di pos kawalan keselamatan di Yala, Selatan Thailand, Selasa lepas.

Beijing hadkan penggunaan peranti elektronik di sekolah

BEIJING, 8 Nov -- Beijing pada Khamis mengeluarkan satu peraturan bagi mengawal penggunaan peranti elektronik di sekolah dan menggalakkan lebih banyak latihan fizikal, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

Pesta Loy Krathong: 160 penerbangan dibatal atau dijadual semula

BANGKOK, 8 Nov -- Lapangan Terbang Thailand (AoT) pada Jumaat telah mengemas kini media bahawa kira-kira 160 penerbangan telah dibatalkan atau dijadualkan semula bagi mengelak berlaku tragedi akibat tanglung yang terapung di udara semasa Pesta Loy Krathong pada 10 hingga 12 Nov, lapor agensi berita China Xinhua.

Turki lancar operasi Kiran-5 di bahagian timur

ANKARA, 8 Nov -- Kementerian Dalam Negeri Turki mengumumkan pada Jumaat bahawa ia telah memulakan Operasi Kiran-5 dengan kekuatan 2,625 anggota dan 179 unit di bahagian timur negara itu, lapor agensi berita Anadolu. 

Pekerja pos Finland lancar mogok selama dua minggu mulai Isnin

HELSINKI, 8 Nov -- Pekerja pos di Finland akan melancarkan mogok selama dua minggu yang boleh menyebabkan kelewatan dalam penghantaran surat, umum pendamai nasional Vuokko Piekkala pada Khamis.       

Ekspatriat Vietnam di uk peringati 39 mangsa tragedi kontena lori di Essex

LONDON, 8 Nov -- Satu delegasi terdiri daripada petugas Kedutaan Vietnam dan anggota persatuan ekspatriat serta pelajar Vietnam di United Kingdom yang diketuai Duta Besar Tran Ngoc An telah meletakkan kalungan bunga di Thurrock Council pada Khamis bagi memperingati 39 rakyat Vietnam, mangsa tragedi kontena lori di Essex.