malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita DUNIA

 
 

Digelar pedofilia, pakar gua Britain pertimbang saman Elon Musk

NEW YORK, 17 Julai (Bernama) -- Seorang pakar gua Britain yang membantu usaha menyelamat 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka di Thailand yang terperangkap di gua Tham Luang, sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Elon Musk selepas jutawan Amerika Syarikat itu menggelarnya sebagai seorang "pedofilia," lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan badan penyiaran Amerika Syarikat CNN.

 

11 maut selepas hujan lebat berterusan di Kerala, India Selatan

Lima daerah lain turut dilanda hujan lebat yang menyebabkan beberapa sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup pada Isnin.

 

'Makkah Road' beri keselesaan maksimun kepada jemaah haji Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Sistem prapelepasan menerusi Program 'Makkah Road,' yang dilancarkan kerajaan Arab Saudi baru-baru ini, mampu memberi keselesaan maksimum kepada jemaah haji Malaysia ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.

 

Cubaan rampasan kuasa warnai era baharu demokrasi Turki

Selepas dua tahun, kita boleh mengatakan dengan jelas bahawa terdapat satu pengajaran untuk negara Turki daripada insiden ini, iaitu demokrasi bukanlah sesuatu yang rakyat Turki boleh ambil mudah.

 

Serangan udara tentera Afghanistan ragut 18 nyawa militan Taliban

KABUL, 16 Julai (Bernama) -- Lapan belas anggota militan terbunuh apabila pasukan keselamatan Afghanistan menyasarkan tempat persembunyian Taliban di daerah Khawja Sabzposh di utara wilayah Faryab pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

 

17 maut dalam insiden bas, trak separa treler bertembung di Pakistan

ISLAMABAD, 16 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 13 lagi cedera apabila sebuah trak separa treler bertembung sebuah bas penumpang di selatan wilayah Sindh di Pakistan pada awal Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan Urdu.

 

Suspek utama kes rogol berkumpulan anggota wanita NGO India ditahan

NEW DELHI, 16 Julai (Bernama) -- Polis India pada Isnin telah menahan tertuduh utama dalam kes rogol berkumpulan lima wanita yang dahsyat bulan lepas di timur negeri Jharkhand.