malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia


 

Dadah bernilai RM329,250 dirampas di Sarawak

KUCHING, 22 Jun (Bernama) -- Polis Sarawak merampas dadah jenis syabu dan ekstasi bernilai RM329,250 menerusi serbuan di sebuah rumah di Courtyard Sanctuary Apartment di Batu Kawa, semalam.

 

Lelaki didakwa tipu pembekalan vest, topi keledar keselamatan JKJR

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan vest dan topi keledar keselamatan untuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) tahun lepas.

 

Lelaki sedang pecah masuk kedai ditahan pemiliknya

BUKIT MERTAJAM, 22 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang merupakan anggota geng pecah kedai berjaya ditahan ketika sedang memecah masuk sebuah kedai menjual pelbagai minuman teh di Jalan Icon City, Bukit Tengah di sini awal pagi ini.

 

Thailand perhebat siasatan, dakwa bom dihasilkan di Malaysia

BANGKOK, 22 Jun (Bernama) -- Pasukan keselamatan di selatan Thailand diarah memperhebatkan siasatan berhubung rampasan 41 bom buatan sendiri dari sebuah trak pikap di Narathiwat semalam, dengan pegawai polis di wilayah bergolak itu mendakwa peranti peledak yang diubah suai itu dihasilkan di Malaysia.

 

Penang Forum suarakan kebimbangan mengenai PTMP kepada CEP

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menggunakan khidmat agensi global untuk mengkaji semula projek-projek mega infrastruktur di negeri ini termasuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), kata Penang Forum.

 

APMM P.Pinang tahan bot nelayan langgar syarat lesen

GEORGE TOWN, 22 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Kelas C (pukat tunda) di kedudukan 5.5 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, dekat sini kerana melanggar syarat sah lesen.

 

Aktiviti tangkap udang kara Sabah perlu dikawal selia - Menteri

KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah bercadang mengawal selia aktiviti penangkapan udang kara dan ketam di negeri itu bagi memastikan kelestariannya.