malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia


 

Jabatan Peguam Negara tidak wakili mana-mana parti dalam Petisyen P.Raya - Thomas

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili mana-mana parti dalam mana-mana Petisyen Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendakah melantik dan memilih anggota Badan Peguam Malaysia untuk mewakilinya dalam prosiding undang-undang itu, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

 

Speaker DUN Johor diketahui minggu depan

JOHOR BAHRU, 22 Jun (Bernama) -- Teka teki siapa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu akan diketahui minggu depan.

 

Kontroversi GPS: Isu remeh diperbesarkan - penganalisis

Oleh Robert Kenneth Anak Henry

KUCHING, 22 Jun (Bernama) -- Isu yang disifatkan remeh diperbesarkan apabila pemimpin utama Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuat pelbagai kenyataan dan cadangan, sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Sarawak khususnya penyokong dan penerajunya.

 

APM tangkap ular sawa seberat 80kg

SUNGAI PETANI, 22 Jun (Bernama) -- Seekor ular sawa batik seberat 80 kilogram (kg) dan lima meter panjang, ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda di Jalan Sungai Batu, Kampung Sungai Batu, Merbok dekat sini pada 8.30 malam tadi.

 

Gannos akan banci kira-kira 800,000 individu tidak bernegara di Sabah

KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) -- Gabungan NGOs Negeri Sabah (Gannos), sebuah badan bukan kerajaan di sini akan menjalankan bancian terhadap kira-kira 800,000 individu di negeri ini yang didakwa mereka sebagai tidak bernegara atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

 

PLKS yang dibatalkan hanya bagi lanjutan tahun ke-11 ke atas

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen menafikan laporan sebuah akhbar bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik serta merta kelulusan melanjutkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk tahun kedua dan seterusnya yang telah diluluskan kerajaan terdahulu.

 

Umat Islam selatan Thailand meriah sambut 'Hari Raya Enam' hari ini

Oleh Tuwaedaniya Meringing

PATTANI, 22 Jun (Bernama) -- Hari ini merupakan hari kelapan Aidilfitri dan bagi umat Islam di selatan Thailand, hari ini juga merupakan 'Hari Raya Enam´ yang diwarisi serta disambut secara meriah oleh penduduk tempatan sejak turun-temurun.