Lelaki warga Pakistan ditahan tipu dokumen visa [ 32m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


PPDUEC bincang dengan ahli Parlimen sebelum muktamadkan laporan

PUTRAJAYA, 4 Okt -- Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) akan memuktamadkan laporan kajian pengiktirafan sijil itu hujung bulan ini selepas mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen pada 16 Okt ini, kata pengerusinya, Eddin Khoo.

Cadangan peruntukan baharu buruh paksa dalam Akta Kerja 1955

PUTRAJAYA, 4 Okt  -- Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk memasukkan peruntukan baharu undang-undang mengenai buruh paksa ke dalam Akta Kerja 1955, kata menterinya, M. Kula Segaran.

Ganjaran dedah kegiatan rasuah mampu dorong lebih banyak maklumat disalurkan

PELABUHAN KLANG, 4 Okt -- Tawaran ganjaran kepada penjawat awam yang mendedahkan kegiatan rasuah serta penyelewengan dilihat strategi positif dan mampu mendorong lebih ramai individu tampil menyalurkan maklumat mengenainya.

Forum Warisan UNESCO di Pulau Pinang 14 Okt

GEORGE TOWN, 4 Okt  -- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan menganjurkan Forum Warisan Asia-Pasifik 20/20 dan Majlis Penyampaian Anugerah 2019 di Pulau Pinang pada 14 Okt ini.

Harga RON97 turun 19 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 4 Okt  -- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 19 sen kepada RM2.60 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 11 Okt.

Zoo Melaka, Batu Secret-Jatim 2, Indonesia meterai kerjasama strategik

MELAKA, 4 Okt  -- Zoo Melaka dan Batu Secret Zoo-Jatim Park 2 hari ini menandatangani kerjasama strategik bagi memulakan inisiatif meneruskan usaha pemuliharaan kedua-dua zoo berkenaan.

Hampir 79 peratus aduan diterima JKDM terhadap warganya berkaitan rasuah

PELABUHAN KLANG, 4 Okt  -- Hampir 79 peratus aduan yang diterima Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pegawai dan anggotanya adalah berkaitan rasuah, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Paddy Abd Halim.