PTPTN harap Kertas Konsultasi Rakyat diluluskan segera [ 39m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara

BATU GAJAH, 3 Sept -- Seorang lelaki warga Myanmar maut, dipercayai ditikam rakan senegaranya di sebuah rumah kedai, di Laluan Sri Pengkalan 1, Pusing, di sini, semalam.

Prof Dr Siti Zainon Sasterawan Negara ke-14

PUTRAJAYA, 3 Sept  -- Penulis dan pengkaji budaya terkenal, Prof Dr Siti Zainon Ismail, dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara ke-14.

Polis buru Don, bantu siasatan kes bunuh di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 3 Sept-- Polis memburu seorang lelaki warga India dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki tempatan di tandas bilik pengawal keselamatan, di sebuah kondominium di Petaling Jaya dekat sini, Ahad lepas.

Tujuh anggota sindiket tawar pinjaman tidak wujud ditahan

SHAH ALAM, 3 Sept  -- Polis menahan tujuh anggota sindiket pinjaman tidak wujud secara dalam talian membabitkan kerugian sekitar RM638,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Puteri, Klang dekat sini, Khamis lepas.

Balai bomba Sungai Rengit, Sebana Cove dijangka beroperasi satu, dua bulan lagi

KOTA TINGGI, 3 Sept  -- Dua buah balai bomba di kawasan Pengerang, dijangka operasi sepenuhnya dalam masa satu atau dua bulan lagi bagi memendekkan tempoh masa tindak balas kesan dari pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dekat ini.

Lima puluh banduan diberi peluang bekerja dalam projek KVDT 2

RAWANG, 3 Sept -- Lima puluh banduan bakal diberi peluang bekerja dalam projek menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan kereta api berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) sebagai usaha memulihkan mereka selain dapat mengurangkan penggunaan pekerja asing.

Skandal 1MDB: Najib dan tiga lagi mahu tuntut aset dan wang yang disita

KUALA LUMPUR, 3 Sept  --  Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga pihak lagi akan memohon untuk menjadi pihak ketiga bagi menuntut aset dan wang yang disita yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).