True Bangkok United juara edisi sulung SAC 2020 [ 6h ago ]

Kes SRC, Najib seharusnya berundur

KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram hari ini menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya meletak jawatan daripada kedudukannya sebagai menteri kewangan untuk bertanggungjawab ke atas perkembangan yang berkaitan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan milik SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan kes SRC: Pendakwaan mohon cabar kredibiliti Najib

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Pendakwaan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memohon untuk mencabar kredibiliti bekas perdana menteri itu berikutan percanggahan dalam keterangannya di mahkamah dan kenyataan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya 'rasa' wang dalam akaun bank cukup - Najib

KUALA LUMPUR, 19 Dis -- Bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau ‘rasa’ wang dalam akaun banknya cukup apabila terus mengeluarkan cek walaupun tanpa mengetahui jumlah baki di dalamnya.

Permohonan Najib panggil pakar periksa dokumen didengar 7 Jan

KUALA LUMPUR, 19 Dis -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Jan depan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memanggil pakar pemeriksa dokumen dari Australia untuk memeriksa dokumen yang telah dikemukakan sebagai eksibit dalam perbicaraan kesnya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pendakwaan persoal kegagalan Najib buat laporan polis tandatangan dipalsukan

KUALA LUMPUR, 18 Dis   -- Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini membela diri atas tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini hari ini mempersoalkan kegagalan bekas perdana menteri itu membuat laporan polis berhubung dakwaan tandatangannya telah dipalsukan dalam beberapa dokumen berkaitan kes itu.

Tarikh bicara pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan dikosongkan untuk bicara SRC

KUALA LUMPUR, 18 Dis -- Perbicaraan kes pecah amanah dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaraaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang sepatutnya bermula  6 Januari tahun depan telah dikosongkan bagi memberi laluan kepada perbicaraan SRC International Sdn Bhd.

Pendakwaan tumpu dokumen permohonan pinjaman SRC

KUALA LUMPUR, 10 Dis  -- Pihak pendakwaan, dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menegaskan syarikat itu tidak menyediakan dokumentasi kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berhubung permohonan pinjamannya.