PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 1m ago ]

Berita AM


Remaja lelaki lemas ketika mandi di sungai Kampung Terawih, Putatan

Tarikh kemaskini: 09/11/2019
KOTA KINABALU, 9 Nov -- Keseronokan beberapa remaja lelaki mandi di sungai Kampung Terawih, Putatan dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata Mayat Hadif Farhan Zuhairul, 14, ditemukan lemas oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, di dasar sungai itu pada 7 malam tadi.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada 5.29 dan 13 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan di lokasi mangsa dilaporkan hilang telah berjaya menemui mangsa di kedalaman kira-kira dua meter," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu