Berita AM


Lebih 90 peratus pemandu e-hailing dan teksi belum carum Perkeso

Tarikh kemaskini: 11/01/2019

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Lebih 90 peratus daripada kira-kira 740,000 pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing di seluruh negara masih belum mendaftar untuk caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata sehingga kini hanya 9,644 pemandu teksi dan e-hailing yang membuat pendaftaran caruman skim itu sejak Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dikuatkuasakan 1 Jun, 2017.

"Saya harap lebih ramai pemandu yang akan berdaftar dan bayar caruman. Kita tak jangka apa yang akan berlaku dan skim inilah yang akan melindungi mereka jika berlaku apa-apa.
.....

       Berita Utama Terdahulu