malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Zahid Hamidi hadir beri keterangan di SPRM Putrajaya

Tarikh kemaskini: 10/10/2018
 

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9.20 pagi ini bagi memberi keterangan kali ketiga berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Beliau tiba pada kira-kira 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan berwarna putih tanpa polis pengiring.

Media sebelum ini melaporkan beliau dikehendaki hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Diiringi beberapa pegawai SPRM, Ahmad Zahid terus masuk ke dalam bangunan dengan puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa hadir membuat liputan.

Isnin lepas, Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Ahmad Zahid turut memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu