malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Perkhidmatan e-hailing kini dikawal selia kerajaan - Loke

Tarikh kemaskini: 11/07/2018
 

Gambar fail
PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) -- Berkuat kuasa esok, perkhidmatan e-hailing dikawal selia oleh kerajaan melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Pindaan) 2017.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata dengan itu, syarikat-syarikat e-hailing wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai Perniagaan Pengantaraan dan perlu membayar fi sebanyak RM115 sekali setahun, sama seperti ditetapkan kepada pemandu teksi.

"Setelah mendengar pelbagai keluhan pemandu teksi dan pemandu e-hailing, SPAD telah merangka perundangan dan syarat-syarat yang akan dikenakan kepada Perniagaan Pengantaraan dan pemandu e-hailing.

"Penguatkuasaan bagi memberi kesaksamaan kepada industri teksi itu menetapkan empat syarat utama yang perlu dipatuhi industri e-hailing meliputi kelayakan permohohan lesen, kenderaan, kelayakan pemandu dan syarat operasi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kaji selidik dijalankan SPAD ke atas 46,000 responden, dengan 70 peratus memilih perkhidmatan e-hailing dikawal selia oleh kerajaan dan 52 peratus penumpang memilih menggunakan e-hailing untuk mendapatkan perkhidmatan teksi.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu