BERNAMA.com - Polis Pantau Kawasan Panas, Hitam Sepanjang Op Selamat
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Polis Pantau Kawasan Panas, Hitam Sepanjang Op Selamat

Tarikh kemaskini: 13/06/2018
 
IPOH, 13 Jun (Bernama) -- Polis melakukan pemantauan khususnya di kawasan panas kerap berlaku kemalangan serta kawasan hitam atau blackspot bagi mengurangkan kemalangan di negeri ini sepanjang Op Selamat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Ahmad Adnan Basri berkata polis mengenal pasti 52 kawasan panas dan 14 kawasan hitam yang kerap berlaku kemalangan maut.

Katanya, kawasan panas membabitkan Ipoh (4); Taiping (3); Selama (1); Batu Gajah (1); Hilir Perak (3); Manjung (5); Muallim (1); Sungai Siput (4); Tapah (2); Kuala Kangsar (3); Perak Tengah (2); Pengkalan Hulu (1); Gerik (14); Kampar (4) dan Kerian (4).

"Kawasan hitam yang dikenal pasti pula membabitkan satu kawasan di daerah Muallim, tiga di Taiping, lima di Manjung, satu di Hilir Perak dan empat di Gerik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Op Bersepadu-Op Perdagangan sempena Op Selamat 13/2018 Aidilfitri di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini malam tadi.

Menurut Ahmad Adnan, seramai 450 anggota JSPT kontinjen Perak akan ditugaskan di kesemua kawasan hitam dan panas berkenaan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu