BERNAMA.com - Empat syarikat korporat sumbang RM2.5 juta kepada Tabung Harapan Malaysia
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Empat syarikat korporat sumbang RM2.5 juta kepada Tabung Harapan Malaysia

Tarikh kemaskini: 12/06/2018
 
GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Empat syarikat korporat di negeri ini hari ini menyumbangkan RM2.5 juta kepada Tabung Harapan Malaysia.

Empat syarikat itu adalah Ideal Property dan Aspen Group masing-masing menyumbangkan RM1 juta, Lumson Bina Engineering (RM200,000) dan Unimech Group Berhad (RM300,000).

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Bercakap pada sidang media Chow berkata kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan rakan-rakan korporat yang turut menyumbang kepada tabung itu demi menyelamatkan negara.

"Walaupun derma yang diterima tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah hutang negara dengan kadar secepat mungkin, namun semangat cintakan Malaysia ini telah berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu