BERNAMA.com - Saham KL ditutup rendah pada akhir dagangan pagi
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Saham KL ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

Tarikh kemaskini: 24/04/2018
 
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi susulan aktiviti pengambilan untung berterusan, dan dijejaskan lagi oleh jualan saham telekomunikasi dan kewangan.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.76 mata kepada 1,870.60 berbanding 1,880.36 pada Isnin, dengan indeks bergerak antara 1,868.35 dan 1,885.32 di sepanjang sesi pagi.

Ia dibuka 3.39 mata lebih tinggi kepada 1,883.75.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 524 berbanding 186, manakala 361 kaunter tidak berubah, 843 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.01 bilion unit bernilai RM913.87 bilion.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu