BERNAMA.com - RM5.3 Juta Bina Susur Keluar Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai - Mustapa
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


RM5.3 Juta Bina Susur Keluar Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai - Mustapa

Tarikh kemaskini: 11/03/2018
 
KOTA BHARU, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan RM5.3 juta lagi kepada negeri ini bagi pembinaan susur keluar lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai di Fasa 1B membabitkan laluan Pasir Hor-Kadok di sini.

Pengerusi Majlis Tindakan Per­sekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Moha­med­ berkata ia bagi membolehkan laluan fasa pertama sepanjang 10.5 kilometer yang telah siap tahun lepas itu dapat digunakan orang awam.

"Bagi memastikan ia tidak menjadi projek gajah putih, kita telah memohon peruntukan untuk pembinaan satu susur keluar masuk di laluan itu agar dapat digunakan orang awam."

"Syukur kerajaan telah meluluskannya dan ia bakal disiapkan dalam tempoh enam bulan dari sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MTPNK di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan anugerah kepada tiga pelajar terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 peringkat nasional iaitu Nor Azriena Abdullah dan Abdullah Haimi Harun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, serta Sarah Syazwani Taufik dari SMK Pengkalan Chepa 1 di sini.

Pada majlis sama, Mustapa turut menyampaikan anugerah kepada tiga sekolah terbaik STPM 2017 iaitu SMK Tengku Panglima Raja, SMK Kangkong dan SMK Sultan Ibrahim (2) yang masing-masing terletak di Pasir Mas.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu