BERNAMA.com - Jenazah Nur Afini Selamat Dikebumikan
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Jenazah Nur Afini Selamat Dikebumikan

Tarikh kemaskini: 14/02/2018
 
TAMPIN, 13 Feb (Bernama) -- Jenazah Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas pagi tadi selamat dikebumikan malam ini.

Jenazah yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Pusara Damai Sungai Kelamah, di sini 10.30 malam dibawa ke masjid berdekatan untuk solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Satu Masjid Kariah Sungai Kelamah Ibrahim Kamarun.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan yang dihadiri keluarga dan kenalan mangsa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera.

Sementara itu, datuk saudara mangsa, Datuk Rabuan Pit berkata kali terakhir beliau bertemu arwah adalah pada Aidilfitri tahun lepas.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu